Thursday, December 17, 2009
Monday, December 14, 2009
Sakit
Wednesday, November 11, 2009
Kerja & Keluarga
Banyak juga yang papa terlepas untuk diisi di ruangan nie. Dari hal politik hinggalah kepada isu bolasepak antara Kelantan & Negeri Sembilan tempohari. Papa tak nak komen apa2 sebab mama sendiri orang N9. So jadi penyokong negeri tanah beradat la nie. Seronok tengak perlawanan akhir walaupun terpaksa menonton di McDonalds Seksyen 9, Shah Alam. Lagi seronok kerana adanya adegan2 yang sepatutnya tidak berlaku dalam perlawanan bolasepak di negara ini. Cuma apa yang papa nak sampaikan ialah walau apapun fahaman dan sikap kita, biarlah ianya di batasi dengan sikap dan adat kita orang timur. Amarah apa pun yang wujud ia tidak menghalalkan cara untuk kita lupa diri dan bersiakap kurang sopan pada orang lain. Takut pun ada sebab apa yang berlaku tu sebenarnya bukan budaya kita. Tahniah kepada pasukan N9 yang berjaya dan yang kalah tu cubalah lagi di tahun depan dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Friday, October 16, 2009
Hari Jadi Yang Pertama
Monday, August 24, 2009
Puasa
Monday, August 10, 2009
Kambing Gurun
Saturday, August 1, 2009
From zoo negara |
Friday, July 17, 2009
Haikal masuk wad
all pic |
Sunday, July 12, 2009
Jom Jalan2 - Cable Car Langkawi
Bagi sesiapa yang suka makan angin papa nak cadangkan satu tempat iaitu cable car di Langkawi. Tempat nie mesti pergi kalau ke Pulau Lagenda tersebut. Mama n papa berkesempatan ke sana dan menikmati keindahan panorama yang sungguh mengasyikkan dari puncak Gunung Mat Chincang tu. Gayat pun ada tatkala berada dalam cable car yang menuju ke puncak yang terletak kira-kira 600m dari kaki gunung. Terletak di kawasan Oriental Village dan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam perjalanan dari pekan Kuah dan 15 minit dari Langkawi Airport. Memang best expecially ketika berada di jambatan gantung kerana pemandangannya sungguh indah. Kita boleh melihat keindahan seluruh Langkawi ketika berada di sini. Apa lagi... jom pi Langkawi.
Madah Untuk Isteri
Tapi awas... .. kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar " Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang... . abang alpa " bisikkan " Darling.. I lupa.." hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput. Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri, istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."
Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri : "Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita... lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa:
rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri... tidak kutagih setia,
sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu...
.. seorang isteri.
..petikan fadhli 2002
Saturday, July 11, 2009
08 JULAI 2009
happy birthday to HAIKAL
happy birthday to HAIKAL
happy birthday to HAIKAL
happy birthday to HAIKAL
We love you so much. Dah 9 bulan..
Tuesday, July 7, 2009
Mencari sesuatu dalam diri bukanlah perkara yang mudah...mencari keyakinan dan jati diri adalah sesuatu yang sukar. Selama 2 dekad kehidupan aku hanya meniti jalan yang tersedia, sama ada mudah atau susah, sedia atau tidak. Aku sebagai gadis biasa dan tidak ada keistimewaan untuk melamar jutaan hati penduduk dunia. Malam dan siang adalah sama tiada beza. wujud atau matinya aku tidak pincang kehidupan dunia, jadi aku redha aku adalah manusia yang juga menumpang dan bergelut dengan segala kekusutan untuk meneruskan hidup. Selalunya aku bersyukur yang aku mempunyai panduan dan arah kerana aku dilahirkan Islam, didik untuk mempelajari kesalahan dan kebenaran. Insyaallah.....
Membesar menjadi wanita yang berdiri di atas kaki sendiri bukannya mudah.. banyak kepayahan yang terpaksa dilalui, betapa sukar untuk mengharungi detik-detik 24 jam dalam setiap hari, selalu aku bertanya adakah kehidupan aku sama untuk 10 tahun akan datang. apalah yang bakal terjadi kepadaku nanti.. itulah aku sebagai manusia tidak pernah bersyukur, itulah nafsu yang mampu memakan iman .. seharusnya aku bersyukur aku mampu lagi untuk makan, tertawa dan beribadah...
Untuk AQIL FATHI HAIKAL... nama ini mama hadiahkan buatmu supaya menjadi bekalan hingga ke syurga.. AQIL yang bermaksud bijak, mama selau berdoa anak mama jadi orang yang bijak , tahu yang mana salah dan benar, tahu mana iman dan nafsu, tahu mana halal dan haram, tahu mana impian dan mimpi... FATHI yang bermaksud kemenangan atau pertama, pengalaman mama mengandungkan haikal cukup menarik dan banyak detik-detik sukar.. banyak yang perlu mama dan papa korbankan.. dan apabila haikal lahir dengan selamt itulah kemenangan mama dan papa.. HAIKAL yang bermaksud pokok besar yang subur...dan mama selalu berharap agar haikal membesar seperti pokok ada akar yang diumpamakan akal, ada dahan yang diumpamakan tubuh, ada daun dan buah yang diumpakan hasil, itulah yang haikal perlu lakukan hidup menjadi pokok yang subur... segala yang haikal alkukan akan memberi kekayaan dan kesenangan pada haikal... Insyaallah .. mama sentiasa doakan Haikal hingga hayat mama .. andai terlelap mata mama di saat haikal masih memerlukan pintalah dari ALLAH swt kerana hanya dari sana Haikal temui jawapan... mama sayang kamu berdua..
Sunday, July 5, 2009
SAYANG HAIKAL
Kisah Si Tua
Bila datang angin lalu, sejuk seluruh badan,yang sengal jadi bisa. Yang panas jadi dingin, walhal bukanlah hujan yang turun hanya angin menyapa. Tapak kaki seperti disiram air sungai di waktu pagi, membekam membeku.. benar-benar si tua sejuk. Giginya mengertap dan nafasnya laju-laju, dan angin pula seperti gembira mengusik si tua. makin sejuk si tua makin ramai pula rombongan si angin. Lalu si tua bangun , mengensot-ensot masuk ke dalam rumah. terduduk di jendela menatap halaman usang. Mengeluh keseorangan. Berpaling ke isi rumah yang kosong hanya tinggal perabot lama dan tikar buruk yang mungkin sama buruk dengan si tua. Yang menjadi teman hanya sekeping cermin, yang berbual bersama.
cermin... cermin situa tersenyum, ada juga waktu gembira walau sesaat. Bersam cermin si tua berbual. bersama cermin situa berpuisi, bersama cermin situa berceritera... kasihan si tua, anggannya bersama bayang, senyumnya bersama ilusi, tangisnya ditemani bias sendiri... letih-letih si tua... lalu dia tidur...
Esok si tua pasti bangun meneruskan sisa - sisa hidupnya....
Sunday, June 28, 2009
biasa
Friday, June 26, 2009
Selamat Hari Papa
Aku terasa seperti nampak tetapi aku sedar itu hanya anganku,
Aku terasa seperti aku disentuh tetapi aku sedar ia hanya lalu,
Aku terasa seperti ia membisik tetapi aku sedar itu daya kekuatannya,
Dan kadang-kadang aku sedar ia seperti menjerit, itu tanda kemarahannya...
Lalu aku berpaling, masih memejamkan mata .. cuba mengamati dan memahaminya,
terlalu banyak suara-suara, terlalu ramai yang menggapai-gapai,
dan aku menarik nafas, membenamkan seribu suara, menolak sejuta tangan, agar aku dapat lihat sesuatu di celahnya....iktizam itu kuat, semangat itu berkobar, keinginan itu keterlaluan,
aku beranikan diri, membuka kelopak mataku perlahan-lahan....dan disitulah aku lihat.. sesuatu yang hilang telah terbang menghampiriku, menerjah lembut mengusapi hatiku, tidak sakit tidak luka tidak berdarah....aku mampu untuk senyum, aku mampu untuk bangun, aku mampu untuk melangkah...dan kini aku mampu untuk lafazkan... terima kasih CINTA... kerana kau aku bahagia, kerana kau aku derita, kerana kau aku bersama...
Untuk suami yang tercinta, tiada apa yang mampu dihadiahkan selain rasa sayang yang abadi dan rasa kasih bersemi,,,
SELAMAT HARI BAPA.... moga menjadi papa yang baik, penyayang, melindungi dan dicintai...
Mama & Aqil Fathi Haikal sayang Papa banyak-banyak
Tuesday, February 10, 2009
ERTI CINTA
Aku tidak pernah impikan seorang srikandi yang begitu cantik sekali. Apalagi seorang insan yang punya segalanya. Dari hati dan perasaan hinggalah kepada tutur kata dan perbuatan. Sesungguhnya aku redha dengan apa pun seratanNya. Namun jauh di sudut hati ini aku seorang yang memilih. Entah di mana hebatnya diri ini aku sendiri tak tahu. tapi kesempurnaan yang dicari.
Perkenalan aku dengan gadis ini mungkin itulah suratanNya. Mungkin aku hanya mencuba nasib atau memang aku sendiri yang dah gatal untuk beristeri. Aku gagahi juga walaupun aku tahu mungkin aku akan kecewa. Tapi entah macamana hati aku dapat menerima dia seadanya. Aku tidak impikan seorang gadis yang cukup sempurna. tapi cukup untuk memberikan aku kebahgiaan berkeluarga. Benar itu tekadku. Ku lihat dia punya hati yang cukup jujur menerima aku. Apa yang paling membahagiakan aku ialah dikala dia meluahkan perasaannya untuk membina sebuah keluarga yang cukup bahagia. Punya persefahaman dan punya cahaya mata bersama.
Mama, papa menyayangi mama sepenuh hati papa. Walaupun kadangkala papa tak meluahkannya, tapi di sudut hati papa menyatakan mamalah yang paling utama. Tiada kata-kata yang paling indah untuk abang luahkan hanya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sayang pada papa. Semoga hidup kita akan kekal hingga ke akhir hayat. Sayang mama...