Banyak juga yang papa terlepas untuk diisi di ruangan nie. Dari hal politik hinggalah kepada isu bolasepak antara Kelantan & Negeri Sembilan tempohari. Papa tak nak komen apa2 sebab mama sendiri orang N9. So jadi penyokong negeri tanah beradat la nie. Seronok tengak perlawanan akhir walaupun terpaksa menonton di McDonalds Seksyen 9, Shah Alam. Lagi seronok kerana adanya adegan2 yang sepatutnya tidak berlaku dalam perlawanan bolasepak di negara ini. Cuma apa yang papa nak sampaikan ialah walau apapun fahaman dan sikap kita, biarlah ianya di batasi dengan sikap dan adat kita orang timur. Amarah apa pun yang wujud ia tidak menghalalkan cara untuk kita lupa diri dan bersiakap kurang sopan pada orang lain. Takut pun ada sebab apa yang berlaku tu sebenarnya bukan budaya kita. Tahniah kepada pasukan N9 yang berjaya dan yang kalah tu cubalah lagi di tahun depan dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Wednesday, November 11, 2009
Kerja & Keluarga
Dah agak lama papa tak menulis di ruangan nie. Almaklumlah sibuk dengan kerja dan keluarga katanya. 3 hari yang lepas Haikal dah genap setahun sebulan. Makin tak menang tanganlah melayan kerenahnya. Mama pun dah bekerja.. so kehidupan nie jadi lebih sibuk dari biasa. Seawal 5.00 pagi papa dah hantar mama ke Shah Alam untuk ke tempat kerjanya di Cyberjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment