Mencari sesuatu dalam diri bukanlah perkara yang mudah...mencari keyakinan dan jati diri adalah sesuatu yang sukar. Selama 2 dekad kehidupan aku hanya meniti jalan yang tersedia, sama ada mudah atau susah, sedia atau tidak. Aku sebagai gadis biasa dan tidak ada keistimewaan untuk melamar jutaan hati penduduk dunia. Malam dan siang adalah sama tiada beza. wujud atau matinya aku tidak pincang kehidupan dunia, jadi aku redha aku adalah manusia yang juga menumpang dan bergelut dengan segala kekusutan untuk meneruskan hidup. Selalunya aku bersyukur yang aku mempunyai panduan dan arah kerana aku dilahirkan Islam, didik untuk mempelajari kesalahan dan kebenaran. Insyaallah.....
Membesar menjadi wanita yang berdiri di atas kaki sendiri bukannya mudah.. banyak kepayahan yang terpaksa dilalui, betapa sukar untuk mengharungi detik-detik 24 jam dalam setiap hari, selalu aku bertanya adakah kehidupan aku sama untuk 10 tahun akan datang. apalah yang bakal terjadi kepadaku nanti.. itulah aku sebagai manusia tidak pernah bersyukur, itulah nafsu yang mampu memakan iman .. seharusnya aku bersyukur aku mampu lagi untuk makan, tertawa dan beribadah...
Pada usia yang seawal 25 tahun aku menikahi suami ku, itulah kali pertama aku tahu aku betul dalam keputusanku..bukan mudah membuat keputusan menjadi isteri kepada seorang lelaki. Adakah aku nanti akan tetap menjadi bidadari di syurganya, adakah aku nanti menjadi penyeri dan haruman yang membuatkan panas neraka terpadam dari tubuhnya, dan aku tahu benar hanya ALLAH swt yang membenarkan perasaan ini wujud dan hanya DIA yang melahirkan keinginan dalam hati yang meminta untuk dicintai. Banyak dugaan yang terpaksa kami harungi lantaran perkahwinan kami bukanlah di idam-idamkan oleh semua pihak... tapi aku percaya kejujuran dan saling percaya dan perlu adalah landasan paling suci untuk membina mahligai impian kami. aku akur walau begitu tinggi tolakan dari pihak yang membenci, perkara yang payah jadi mudah.. itulah kuasa ALLAH swt. Manusia-manusia kecil yang berani bermain api hanya mampu melihat himpunan dosa-dosa yang mungkin tidak mereka sedar akan lakunya, mereka menyimpan amarah dan harapan agar kota indah kami lebur di suatu hari nanti.... kesabaran membuatkan kami kuat, kepayahan membuatkan kami tegas, ugutan membuatkan kami lebih akrab... dan kesedihan itulah kami bayar denagn kegembiraan...
Dan akhirnya keteguhan cinta dan sayang kami berbaloi dengan kehadiran insan yang begitu sempurna, cantik dan penuh kasih sayang.. AQIL FATHI HAIKAL itulah cinta kami, cinta kami yang tak mampu di huraikan dengan kata-kata akhirnya terakam penuh keindahan. Wajahnya persis kami berdua, sinar yang penuh kasih sayang dan abadi hingga ke syurga. Harta pertama yang di anugerahi ALLAH swt buat kami. Aku bernekad akan ku didik anak ini penuh adab dan kasih sayang, akan ku limpahi dengan nas-nas kehidupan agar anak menjadi hamba ALLAH swt yang sebenar, agar di izinkan-Nya. dan sesuatu yang telah lama aku hilang telah datang, itulah kekuatan yang aku cari .....menjadi ibu.... sungguh sungguh indah cukup dramatik detik pertamanya, penuh kesyukuran dan aku sedar ada satu aliran dalm diri ini telah hidup... aliran perubahan untuk menjadi diri aku yang bahagia.... Insyaallah....
Untuk AQIL FATHI HAIKAL... nama ini mama hadiahkan buatmu supaya menjadi bekalan hingga ke syurga.. AQIL yang bermaksud bijak, mama selau berdoa anak mama jadi orang yang bijak , tahu yang mana salah dan benar, tahu mana iman dan nafsu, tahu mana halal dan haram, tahu mana impian dan mimpi... FATHI yang bermaksud kemenangan atau pertama, pengalaman mama mengandungkan haikal cukup menarik dan banyak detik-detik sukar.. banyak yang perlu mama dan papa korbankan.. dan apabila haikal lahir dengan selamt itulah kemenangan mama dan papa.. HAIKAL yang bermaksud pokok besar yang subur...dan mama selalu berharap agar haikal membesar seperti pokok ada akar yang diumpamakan akal, ada dahan yang diumpamakan tubuh, ada daun dan buah yang diumpakan hasil, itulah yang haikal perlu lakukan hidup menjadi pokok yang subur... segala yang haikal alkukan akan memberi kekayaan dan kesenangan pada haikal... Insyaallah .. mama sentiasa doakan Haikal hingga hayat mama .. andai terlelap mata mama di saat haikal masih memerlukan pintalah dari ALLAH swt kerana hanya dari sana Haikal temui jawapan... mama sayang kamu berdua..

No comments:
Post a Comment