Monday, August 10, 2009

Kambing Gurun




Bagi sesiapa yang pernah melihat kambing gurun bukanlah sesuatu yang pelik. Tapi pengalaman melihat seekor kambing gurun di tengah kegelapan malam adalah sesuatu yang jarang dilihat. Pengalaman ini disaksikan sendiri oleh papa, mama dan pak mertua papa ketika kami menghantar haikal yang ketika itu digigit anak lipan. Siapa sangka perjalanan dari pekan Kuala Pilah ke kg Inas melalui jalan Senaling menemukan kami kepada haiwan yg jarang2 boleh dilihat ini. Waktu tu kira-kira jam 3.30 pagi dan waktu yang sunyi itu kami meredah kegelapan malam. tanpa disangka seekor kambing gurun (dipercayai betina kerana tanduknya yg pendek) betul2 berada di depan kami. mungkin dek kerana tergamam akibat daripada suluhan lampu kereta, kambing tersebut hanya berdiam diri membiarkan kami lalu di hadapannya. Perasaan takut tu memang ada kerana saiznya yang besar. Papa rasa tinggi kambing tersebut saja melebihi bumbung kereta kami. Jadi bagi sesiapa yang melalui jalan pintas dari Senaling ke Kg Inas perlulah berhati-hati kerana barangkali anda berpeluang untuk bertemu binatang yang pemalu ini. Tapi awas dek kerana saiznya yang besar mungkin boleh menakutkan kita.




No comments: