Sunday, July 12, 2009

Jom Jalan2 - Cable Car Langkawi

Malaysia memang banyak tempat2 menarik untuk dilawati. Antaranya ialah Cable Car di Langkawi.
jangan pening kepala pulak..


Kalau cuaca cerah pemandangan negara jiran Thailand & kepulauan Indonesia pun kita dapat tengok dari sini

Senyum.. tapi gayat tu

memang panas.. tapi memang puas hati..

Bagi sesiapa yang suka makan angin papa nak cadangkan satu tempat iaitu cable car di Langkawi. Tempat nie mesti pergi kalau ke Pulau Lagenda tersebut. Mama n papa berkesempatan ke sana dan menikmati keindahan panorama yang sungguh mengasyikkan dari puncak Gunung Mat Chincang tu. Gayat pun ada tatkala berada dalam cable car yang menuju ke puncak yang terletak kira-kira 600m dari kaki gunung. Terletak di kawasan Oriental Village dan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam perjalanan dari pekan Kuah dan 15 minit dari Langkawi Airport. Memang best expecially ketika berada di jambatan gantung kerana pemandangannya sungguh indah. Kita boleh melihat keindahan seluruh Langkawi ketika berada di sini. Apa lagi... jom pi Langkawi.


No comments: