all pic |
Friday, July 17, 2009
Haikal masuk wad
Gambar album sewaktu haikal masuk wad 5 hari.... anak mama dah sihat.. thank to Dr Hoe (KPJ selangor).....
Sunday, July 12, 2009
Jom Jalan2 - Cable Car Langkawi
Malaysia memang banyak tempat2 menarik untuk dilawati. Antaranya ialah Cable Car di Langkawi.
Kalau cuaca cerah pemandangan negara jiran Thailand & kepulauan Indonesia pun kita dapat tengok dari sini
Senyum.. tapi gayat tu
Bagi sesiapa yang suka makan angin papa nak cadangkan satu tempat iaitu cable car di Langkawi. Tempat nie mesti pergi kalau ke Pulau Lagenda tersebut. Mama n papa berkesempatan ke sana dan menikmati keindahan panorama yang sungguh mengasyikkan dari puncak Gunung Mat Chincang tu. Gayat pun ada tatkala berada dalam cable car yang menuju ke puncak yang terletak kira-kira 600m dari kaki gunung. Terletak di kawasan Oriental Village dan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam perjalanan dari pekan Kuah dan 15 minit dari Langkawi Airport. Memang best expecially ketika berada di jambatan gantung kerana pemandangannya sungguh indah. Kita boleh melihat keindahan seluruh Langkawi ketika berada di sini. Apa lagi... jom pi Langkawi.

Madah Untuk Isteri
Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih,menghidang sayangadakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya. Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i ) Psst...Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ? andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu. Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal? cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian. Masih gagal juga? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang... ... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas... .. kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar " Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang... . abang alpa " bisikkan " Darling.. I lupa.." hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii ) Arghh... tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata... . segermelapan intan " ... sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga. Aduh... peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput. Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri, istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii ) Puuuh... Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ? jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. itulah cinta sejati.
Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv ) Uhhh...Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu Apa bukti setiamu suami ? Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati> kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri : "Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita... lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v ) Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan,kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamu cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita. Bicara ini diakhiri dengan satu coretan:
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa:
rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri... tidak kutagih setia,
sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu...
.. seorang isteri.
..petikan fadhli 2002
Saturday, July 11, 2009
08 JULAI 2009
Mama dan Papa hanya nak ucap......
happy birthday to HAIKAL
happy birthday to HAIKAL
happy birthday to HAIKAL
happy birthday to HAIKAL
We love you so much. Dah 9 bulan..
happy birthday to HAIKAL
happy birthday to HAIKAL
happy birthday to HAIKAL
happy birthday to HAIKAL
We love you so much. Dah 9 bulan..
Tuesday, July 7, 2009
Mencari sesuatu dalam diri bukanlah perkara yang mudah...mencari keyakinan dan jati diri adalah sesuatu yang sukar. Selama 2 dekad kehidupan aku hanya meniti jalan yang tersedia, sama ada mudah atau susah, sedia atau tidak. Aku sebagai gadis biasa dan tidak ada keistimewaan untuk melamar jutaan hati penduduk dunia. Malam dan siang adalah sama tiada beza. wujud atau matinya aku tidak pincang kehidupan dunia, jadi aku redha aku adalah manusia yang juga menumpang dan bergelut dengan segala kekusutan untuk meneruskan hidup. Selalunya aku bersyukur yang aku mempunyai panduan dan arah kerana aku dilahirkan Islam, didik untuk mempelajari kesalahan dan kebenaran. Insyaallah.....
Membesar menjadi wanita yang berdiri di atas kaki sendiri bukannya mudah.. banyak kepayahan yang terpaksa dilalui, betapa sukar untuk mengharungi detik-detik 24 jam dalam setiap hari, selalu aku bertanya adakah kehidupan aku sama untuk 10 tahun akan datang. apalah yang bakal terjadi kepadaku nanti.. itulah aku sebagai manusia tidak pernah bersyukur, itulah nafsu yang mampu memakan iman .. seharusnya aku bersyukur aku mampu lagi untuk makan, tertawa dan beribadah...
Pada usia yang seawal 25 tahun aku menikahi suami ku, itulah kali pertama aku tahu aku betul dalam keputusanku..bukan mudah membuat keputusan menjadi isteri kepada seorang lelaki. Adakah aku nanti akan tetap menjadi bidadari di syurganya, adakah aku nanti menjadi penyeri dan haruman yang membuatkan panas neraka terpadam dari tubuhnya, dan aku tahu benar hanya ALLAH swt yang membenarkan perasaan ini wujud dan hanya DIA yang melahirkan keinginan dalam hati yang meminta untuk dicintai. Banyak dugaan yang terpaksa kami harungi lantaran perkahwinan kami bukanlah di idam-idamkan oleh semua pihak... tapi aku percaya kejujuran dan saling percaya dan perlu adalah landasan paling suci untuk membina mahligai impian kami. aku akur walau begitu tinggi tolakan dari pihak yang membenci, perkara yang payah jadi mudah.. itulah kuasa ALLAH swt. Manusia-manusia kecil yang berani bermain api hanya mampu melihat himpunan dosa-dosa yang mungkin tidak mereka sedar akan lakunya, mereka menyimpan amarah dan harapan agar kota indah kami lebur di suatu hari nanti.... kesabaran membuatkan kami kuat, kepayahan membuatkan kami tegas, ugutan membuatkan kami lebih akrab... dan kesedihan itulah kami bayar denagn kegembiraan...
Dan akhirnya keteguhan cinta dan sayang kami berbaloi dengan kehadiran insan yang begitu sempurna, cantik dan penuh kasih sayang.. AQIL FATHI HAIKAL itulah cinta kami, cinta kami yang tak mampu di huraikan dengan kata-kata akhirnya terakam penuh keindahan. Wajahnya persis kami berdua, sinar yang penuh kasih sayang dan abadi hingga ke syurga. Harta pertama yang di anugerahi ALLAH swt buat kami. Aku bernekad akan ku didik anak ini penuh adab dan kasih sayang, akan ku limpahi dengan nas-nas kehidupan agar anak menjadi hamba ALLAH swt yang sebenar, agar di izinkan-Nya. dan sesuatu yang telah lama aku hilang telah datang, itulah kekuatan yang aku cari .....menjadi ibu.... sungguh sungguh indah cukup dramatik detik pertamanya, penuh kesyukuran dan aku sedar ada satu aliran dalm diri ini telah hidup... aliran perubahan untuk menjadi diri aku yang bahagia.... Insyaallah....
Untuk AQIL FATHI HAIKAL... nama ini mama hadiahkan buatmu supaya menjadi bekalan hingga ke syurga.. AQIL yang bermaksud bijak, mama selau berdoa anak mama jadi orang yang bijak , tahu yang mana salah dan benar, tahu mana iman dan nafsu, tahu mana halal dan haram, tahu mana impian dan mimpi... FATHI yang bermaksud kemenangan atau pertama, pengalaman mama mengandungkan haikal cukup menarik dan banyak detik-detik sukar.. banyak yang perlu mama dan papa korbankan.. dan apabila haikal lahir dengan selamt itulah kemenangan mama dan papa.. HAIKAL yang bermaksud pokok besar yang subur...dan mama selalu berharap agar haikal membesar seperti pokok ada akar yang diumpamakan akal, ada dahan yang diumpamakan tubuh, ada daun dan buah yang diumpakan hasil, itulah yang haikal perlu lakukan hidup menjadi pokok yang subur... segala yang haikal alkukan akan memberi kekayaan dan kesenangan pada haikal... Insyaallah .. mama sentiasa doakan Haikal hingga hayat mama .. andai terlelap mata mama di saat haikal masih memerlukan pintalah dari ALLAH swt kerana hanya dari sana Haikal temui jawapan... mama sayang kamu berdua..

Sunday, July 5, 2009
SAYANG HAIKAL
Hari ini merupakan hari ketiga Haikal demam. Walaupun dah nampak ok, namun kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya. Kesian tengok si kecil tu dalam keadaan yang tidak selesa. Apatah lagi hidung yang tersumbat dek demam yang masih ada. Kesian pun ada walaupun kadangkala keletahnya membuatkan kita hilang sabar. Walaupun sakit tetapi tetap membuat mama dan papa tak kering gusi. Tak reti nak duduk diam, ada saja yang hendak digapai. Waktu tidurnya kadangkala terganggu dan kerap terjaga. Timbul pulak rasa sedih melihat Haikal yang kurang sihat. InsyaAllah sehari dua lagi sembuhlah tu. Mama dan papa doakan Haikal cepat sembuh. Banyak minum air suam banyak2 dan makan ubat walaupun itulah perkara yg paling susah nak dibuat. We love u so much.
Kisah Si Tua
Matanya kuyu sudah tak bermaya, apalah yang mampu dilakukan untuk mengubah nasibnya, tulang empat kerat sekadar ada, bukan tak berusaha cuma tak berupaya. Terik matahari terasa mencarik-carik kulitnya yang sudah lusuh bertahun-tahun. Peluh sudah jadi biasa,penat usahlah dikira. Terasa seluruh badannya sakit-sakit, melunjur salah bersila pun salah. Itulah bila badan sudah dimakan usia, natijahnya sama makin hari makin tak berguna. Itulah bisikan hati seorang tua.
Bila datang angin lalu, sejuk seluruh badan,yang sengal jadi bisa. Yang panas jadi dingin, walhal bukanlah hujan yang turun hanya angin menyapa. Tapak kaki seperti disiram air sungai di waktu pagi, membekam membeku.. benar-benar si tua sejuk. Giginya mengertap dan nafasnya laju-laju, dan angin pula seperti gembira mengusik si tua. makin sejuk si tua makin ramai pula rombongan si angin. Lalu si tua bangun , mengensot-ensot masuk ke dalam rumah. terduduk di jendela menatap halaman usang. Mengeluh keseorangan. Berpaling ke isi rumah yang kosong hanya tinggal perabot lama dan tikar buruk yang mungkin sama buruk dengan si tua. Yang menjadi teman hanya sekeping cermin, yang berbual bersama.
cermin... cermin situa tersenyum, ada juga waktu gembira walau sesaat. Bersam cermin si tua berbual. bersama cermin situa berpuisi, bersama cermin situa berceritera... kasihan si tua, anggannya bersama bayang, senyumnya bersama ilusi, tangisnya ditemani bias sendiri... letih-letih si tua... lalu dia tidur...
Esok si tua pasti bangun meneruskan sisa - sisa hidupnya....

Subscribe to:
Posts (Atom)