Wednesday, June 9, 2010
1 tahun 8 bulan
Sunday, May 30, 2010
Senyuman permata hati
1 week of a baby haikal, masa ni haikal baru je berusia 4 hari, inilah kebesaran tuhan, sungguh indah dan cukup sempurna anugerah untuk mama dan papa. Senyuman permata dari haikal buat mama, haikal masa ni kena tinggal kat hospital kerana sakit demam kuning, masa tu mama menangis sakan ha..ha... yelah first time jadi mummy rasa sedih sgtlah.... tapi sekarang haikal dah sangat sangat sihat.. alhamdulillah... moga dikekalkan kami sekeluarga hingga ke syurga,
Thursday, May 13, 2010
Monday, May 10, 2010
Sunday, May 9, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Kenangan di Frasers Hill
Taman Burung
Happy Chinese new Year
Wednesday, February 3, 2010
Cabaran Baru
untuk papa usah risau, selagi ada usaha, tuhan pasti membantu. mama sentiasa menyokong papa dalam karier baru. Buat haikal , untuk tahun kedua ini, mama pasti lebih banyak perkara baru untuk diterokai, lebih tinggi keinginan untuk mencuba namun mama percaya segalanya yang terbaik buatmu sayang.
Buat kedua-dua permata hati mama, papa dan haikal... cinta mama bukan sehari dua, insyallah sampai ke syurga......
Jom Makan
Monday, January 25, 2010
Bersara
Satu keputusan sukar yang papa buat, namun hasilnya seolah timbul satu semangat baru dalam diri papa. hilang segala bebanan yang dipikul dan tugasan yang memeningkan kepala. Bukannya papa tak sayang pada kerja lama, tapi papa lebih sayangkan masa depan papa bersama isteri dan anak. Tugas dan tanggungjawab papa besar tetapi ianya tidak berbaloi dengan angka yang papa terima setiap bulan. Bukannya papa terlalu memilih dan pentingkan diri sendiri. Keadaan ini jika dibiarkan akan memberi satu bebanan yang amat besar utk papa tanggung.
Memang sukar untuk memulakan sesuatu perubahan. Kita dah lama berada di situ dan serasi dengan teman dan tanggungjawab yang diberi. Bila berada di puncak kerjaya kita sayang untuk melepaskannya. Memang kejayaan itu sukar untuk kita capai, namun sebenarnya ia juga amat payah untuk kita pertahankan.
Papa inginkan kehidupan baru dan sesuatu perlu diubah agar kejayaan itu berpihak kepada kita. Telah banyak kesilapan yang papa buat, tetapi belum terlambat rasanya untuk papa memperbaiki kesilapan itu. Kadangkala kita hilang pertimbangan. Acapkali juga kita lupa bahawa sesungguhnya rezeki itu datang dariNya. Sepatutnya kita bersyukur sentiasa. Anggaplah itu satu dugaan. Dan buat insan yang paling istimewa, Srikandi Negara ...... isteri papa yang tercinta, kesabaran dan sokongan sayang selama ini tidak ternilai harganya. Terima kasih mama.