Baru-baru nie papa, mama, Haikal, Syafiq dan ayah mertua papa berkesempatan berkunjung ke Taman Burung di Kuala Lumpur. Ini merupakan lawatan pertama papa selepas lebih 10 tahun tinggal kat KL nie. First time enter Birds Park tu memang cantik sebab kita dapat tengok burung di situ bebas mencari makanan. Ini peluang untuk kita mengenali pelbagai spesis burung yang ada. Paling banyak dan papa rasa cantik ialah burung merak dan spesis burung kakak tua yang pelbagai warna.
Tak menang tangan melihat keindahan makhluk ciptaan tuhan nie. Ditambah lagi dengan sikecil Haikal yang pastinya orang yang paling teruja. Penat berjalan sebab kawasannya agak luas. Lawatan pada waktu pagi amatlah sesuai kerana tidak terlalu panas dan di waktu inilah burung akan berkeliaran mencari makanan. Tiket masuk papa tak berapa ingat tapi boleh tahanlah... agak mahal walaupun melawat negara sendiri.
Selamat melancong.
No comments:
Post a Comment