Satu keputusan sukar yang papa buat, namun hasilnya seolah timbul satu semangat baru dalam diri papa. hilang segala bebanan yang dipikul dan tugasan yang memeningkan kepala. Bukannya papa tak sayang pada kerja lama, tapi papa lebih sayangkan masa depan papa bersama isteri dan anak. Tugas dan tanggungjawab papa besar tetapi ianya tidak berbaloi dengan angka yang papa terima setiap bulan. Bukannya papa terlalu memilih dan pentingkan diri sendiri. Keadaan ini jika dibiarkan akan memberi satu bebanan yang amat besar utk papa tanggung.
Memang sukar untuk memulakan sesuatu perubahan. Kita dah lama berada di situ dan serasi dengan teman dan tanggungjawab yang diberi. Bila berada di puncak kerjaya kita sayang untuk melepaskannya. Memang kejayaan itu sukar untuk kita capai, namun sebenarnya ia juga amat payah untuk kita pertahankan.
Papa inginkan kehidupan baru dan sesuatu perlu diubah agar kejayaan itu berpihak kepada kita. Telah banyak kesilapan yang papa buat, tetapi belum terlambat rasanya untuk papa memperbaiki kesilapan itu. Kadangkala kita hilang pertimbangan. Acapkali juga kita lupa bahawa sesungguhnya rezeki itu datang dariNya. Sepatutnya kita bersyukur sentiasa. Anggaplah itu satu dugaan. Dan buat insan yang paling istimewa, Srikandi Negara ...... isteri papa yang tercinta, kesabaran dan sokongan sayang selama ini tidak ternilai harganya. Terima kasih mama.
No comments:
Post a Comment