Wednesday, February 17, 2010

Kenangan di Frasers Hill


Gambar-gambar ketika papa sekeluarga ke Bukit Fraser akhir tahun lepas
Waktu nie Haikal baru nak belajar berjalan












Taman Burung

Baru-baru nie papa, mama, Haikal, Syafiq dan ayah mertua papa berkesempatan berkunjung ke Taman Burung di Kuala Lumpur. Ini merupakan lawatan pertama papa selepas lebih 10 tahun tinggal kat KL nie. First time enter Birds Park tu memang cantik sebab kita dapat tengok burung di situ bebas mencari makanan. Ini peluang untuk kita mengenali pelbagai spesis burung yang ada. Paling banyak dan papa rasa cantik ialah burung merak dan spesis burung kakak tua yang pelbagai warna.
Tak menang tangan melihat keindahan makhluk ciptaan tuhan nie. Ditambah lagi dengan sikecil Haikal yang pastinya orang yang paling teruja. Penat berjalan sebab kawasannya agak luas. Lawatan pada waktu pagi amatlah sesuai kerana tidak terlalu panas dan di waktu inilah burung akan berkeliaran mencari makanan. Tiket masuk papa tak berapa ingat tapi boleh tahanlah... agak mahal walaupun melawat negara sendiri.

Selamat melancong.

Happy Chinese new Year

Di kesempatan nie papa sekeluarga nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina bagi semua rakan2 kita yang menyambutnya. Papa sekeluarga pun tak kurang sibuknya waktu nie sebab sama-sama turut menyibuk balik kampung tempohari. adat bercuti pasti kaki nie rasa gatal aje sebab nak berjalan. papa sekeluarga balik awal iaitu pada hari Jumaat petang dan balik semula ke Shah Alam pada hari Ahad sebab mama bekerja keesokan harinya.
Tak tahulah apa yang istimewa kat kampung tu. Tapi bagi papa memang best sebab mungkin suasananya yang damai dan tenteram. Jauh dari kesibukan kota dan bunyi deringan telefon kerana kampung tu takde line phone. paling utama papa asyik tido je.. mungkin sejuk agaknya udara kat sana.
Rumah mama tu agak special sebab ia rumah tradisional yang dah berabad lamanya. Memang klasik la. kalau first time jejak kaki kat sana mesti teruja punya. Ada beberapa photo yang sempat papa ambil tempohari. Waktu malamnya plak jangan cakaplah. baru jam 9 rasanya dah nak masuk tido sebab tak tahu nak buat apa. nasib baik adik beradik mama ramai. its quit happening. Orang yang paling happy masa balik kampung tentulah Haikal sebab suka sangat mendera atuknya naik motor.. pantang ada kesempatan. kesian orang tua tu. Tapi cucu kenalah jugak layan.
ruang dalam rumah
Nie ha...orang paling sibuk kat kampung..
pandangan sudut sisi..boleh masuk kereta kat bawah umah
sudut hadapan rumah..
sudut sisi kiri..tangga ala-ala rumah melaka









Wednesday, February 3, 2010

Cabaran Baru

Rasanya baru saja menyambut kedatangana tahun 2010, namun sedar tak sedar dah masuk bulan kedua. Maksudnya dah hampir 5 bulan mama bekerja di tempat baru. Mmm.. banyak perkara yang mama pelajari dalam kehidupan yang lalu, usah disangkal peribahasa orang lama, pengalaman memang mendewasakan. Seingat mama sudah 4 kali mama bertukar kerja. Sejak habis belajar sehingga sekarang, pengalaman kerja yang berlainan. Seronok tapi sukar untuk menyesuaikan diri.

untuk papa usah risau, selagi ada usaha, tuhan pasti membantu. mama sentiasa menyokong papa dalam karier baru. Buat haikal , untuk tahun kedua ini, mama pasti lebih banyak perkara baru untuk diterokai, lebih tinggi keinginan untuk mencuba namun mama percaya segalanya yang terbaik buatmu sayang.

Buat kedua-dua permata hati mama, papa dan haikal... cinta mama bukan sehari dua, insyallah sampai ke syurga......

Jom Makan

LAST week lepas ambil haikal, papa dan mama dok berlegar-legar kat area TTDI Jaya nie sambil ingin mencari kedai makan. Dah agak lama tak makan di luar sebab mama pun lebih suka masak sendiri. cari punya cari terjumpalah satu kedai makan nie.. Restoran Sri TTDI. Kami order makan malam utk tiga orang (sebenarnya 2 aje sebab haikal makan sikit jer). Alhamdulillah masakannya boleh tahan. Sedap dan berbaloi jugalah sesuai dengan harga. Sesiapa yang sedang mencari kedai makan tu bolehlah cuba ok.