Monday, January 25, 2010

Bersara


HARI INI papa tak bekerja. Bukan MC, bukan Cuti dan bukan EL. Tapi ianya hari yang sungguh bermakna buat diri papa. Papa dah mula bercuti menandakan berakhirnya tugas papa bekerja makan gaji. 7 tahun papa bekerja dan pada hari ini papa akan mula bekerja sendiri, mencari rezeki buat keluarga dan membina keyakinan diri bahawa kita sebenarnya boleh berjaya jika kita berusaha tanpa mengenal penat dan lelah.


Satu keputusan sukar yang papa buat, namun hasilnya seolah timbul satu semangat baru dalam diri papa. hilang segala bebanan yang dipikul dan tugasan yang memeningkan kepala. Bukannya papa tak sayang pada kerja lama, tapi papa lebih sayangkan masa depan papa bersama isteri dan anak. Tugas dan tanggungjawab papa besar tetapi ianya tidak berbaloi dengan angka yang papa terima setiap bulan. Bukannya papa terlalu memilih dan pentingkan diri sendiri. Keadaan ini jika dibiarkan akan memberi satu bebanan yang amat besar utk papa tanggung.



Memang sukar untuk memulakan sesuatu perubahan. Kita dah lama berada di situ dan serasi dengan teman dan tanggungjawab yang diberi. Bila berada di puncak kerjaya kita sayang untuk melepaskannya. Memang kejayaan itu sukar untuk kita capai, namun sebenarnya ia juga amat payah untuk kita pertahankan.



Papa inginkan kehidupan baru dan sesuatu perlu diubah agar kejayaan itu berpihak kepada kita. Telah banyak kesilapan yang papa buat, tetapi belum terlambat rasanya untuk papa memperbaiki kesilapan itu. Kadangkala kita hilang pertimbangan. Acapkali juga kita lupa bahawa sesungguhnya rezeki itu datang dariNya. Sepatutnya kita bersyukur sentiasa. Anggaplah itu satu dugaan. Dan buat insan yang paling istimewa, Srikandi Negara ...... isteri papa yang tercinta, kesabaran dan sokongan sayang selama ini tidak ternilai harganya. Terima kasih mama.



Doakan kejayaan papa...InsyaAllah

Salam Takziah

SALAM TAKZIAH khususnya kepada seluruh rakyat dan warga negeri Johor di atas keberangkatan Almarhum Sultan Iskandar. Papa pun tumpang sedih sebab papa sendiri adalah rakyat Johor. Walaupun Almarhum disifatkan seorang yang tegas, tapi baginda juga seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat. Memang papa akui ada juga di antara kita yang tidak begitu menyenangi sikapnya itu, namun sebagai seorang manusia kita memang tidak dapat lari dari kesilapan dan tidak kesempurnaan diri. Banyak yang kita dengar mengenai peribadi baginda yang kadangkala membuatkan kita terpaku. Tapi itulah sultan Johor... seorang sultan yang bukan saja garang sikapnya tetapi juga ibarat seorang artis yang sentiasa ada gosipnya.


Harapan papa semoga sultan Ibrahim Ismail yang baru dilantik ini akan dapat mengembalikan semula standard dan legasi kecemerlangan institusi Diraja di negara ini khususnya di negeri Johor. Papa percaya dengan sikapnya yang sentiasa mendekati rakyat, baginda akan sentiasa disayangi oleh semua.

Saturday, January 16, 2010

Wajah Kesayangan Hamba...









Gambar-gambar terbaru Haikal. Sekarang dah masuk 1 tahun 3 bulan..

Wednesday, January 6, 2010

new year wish

Agak lama rasanya mama tak menulis dalam blog nie.. melalui pengakhiran 2009 yang penuh sejarah dan memori, masa yang singkat dan keadan tidak mengizinkan mama menulis sesuatu, hari ni mama berpeluang menulis coretan dan ucapan tahun baru... mama nak ucapkan selamtab tahun baru kepada semua, buka lembaran baru dan bina kejayaan untuk masa hadapan... have a great journey in 2010... bye bye

Sunday, January 3, 2010

2010


Walaupun dah 3 hari berlalu papa sekeluarga nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga angka ini memberikan satu azam baru buat semua. bagi papa banyak yang perlu diselesaikan pada tahun nie. Dari hal keluarga hinggalah kepada soal kewangan. InsyaAllah semoga azam baru ini memberi kebahgiaan dan keceriaan buat semua. Happy New Year.