Minggu nie dan minggu sudah memang satu keadaan yang mencabar buat papa sekeluarga. Minggu yang penuh dgn MC dan EL. Firstly sebab mama masuk wad 2 minggu sudah sebab sakit di bahagian tekak. Doktor kata ada sedikit keracunan nikotina disebabkan pendedahan kepada asap rokok. Terpaksa papa cuti dua hari pada Khamis dan Jumaat temankan mama di KPJ Selangor. Kesian pada mama dek kerana orang lain, kita pula yang hidup menderita. Pesan papa pada seluruh lelaki diluar sana khasnya hentikanlah tabiat buruk merokok tu sebab ianya tak menguntungkan sesiapa. jadi sakit lagi ada kerana kesan asap rokok tu bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga kepada keluarga khususnya isteri dan anak2.
Secondly, Bila dah keluarga hospital tu, haikal pulak kena sakit mata. Kesian si kecil tu. Berlari lagi papa dari ofis menjemputnya dari tadika utk dibawa ke klinik. nasib baik baru permulaan dan taklah teruk lagi. 2 3 hari reda sakit matanya. Cuma kenakalannya saja tak reda. Then, mama pulak kena sakit mata. Mungkin sebab menyusukan haikal dan secara automatiknya sakit tu berpindah pada mama. Sehari lagi papa memohon EL kerana terpaksa membawa mama ke klinik. Bukan apa sebab papa sekarang dah bekerja di KL dan tinggal di Shah Alam. So.. kalau dah keluar ofis tu memang tak sempat nak masuk semula. Costing bukannya dekat. Selesai satu masalah lagi.
Then, kemuncaknya turn papa pulak dijangkiti sakit mata!!! Aduh kena ikut giliran la pulak. So.. hari nie dan esok papa cuti. Cuti lagi.... hopefully redalah sehari dua nie. Macam2 yang terjadi last week. Memang rasa penat tetapi kekadang nak ketawa pun ada. Mungkin dah lama tak bercuti......agaknya.