Sunday, June 28, 2009
biasa
Pernah ke kita terfikir,hampir setiap hari kita melakukan aktiviti yang sama, sudah berapa tahun kita praktikan perkara yang berulang... tidur, makan, bermain, ke pejabat pada masa yang sama setiap hari.. Adakah kemungkinan ada satu hari dalam sebulan kita mengulangi perkara yang sama dari pagi hingga ke malam??? Kadang-kadang kita alpa, kita banyak membuang masa.. meraikan hari yang biasa tidak meleraikan kelainan.. apa pun hari hari itu hari yang kita cipta untuk memenuhi kehidupan... apalah yang mampu kita ubah untuk sebuah tuntutan kehidupan.... hari-hari yang kita cipta mungkin biasa tetapi mengembirakan.. yang penting sekali kita tidak menyakiti hati-hati mereka yang kita kasihi...
Friday, June 26, 2009
Selamat Hari Papa
Aku duduk melihat angin yang tak nampak jasadnya... memejamkan mata membiarkan sentuhan dinginnya membelai tubuh dan lalu ia terus menyapa wajahku, lembut dan segar,
Aku terasa seperti nampak tetapi aku sedar itu hanya anganku,
Aku terasa seperti aku disentuh tetapi aku sedar ia hanya lalu,
Aku terasa seperti ia membisik tetapi aku sedar itu daya kekuatannya,
Dan kadang-kadang aku sedar ia seperti menjerit, itu tanda kemarahannya...
Lalu aku berpaling, masih memejamkan mata .. cuba mengamati dan memahaminya,
terlalu banyak suara-suara, terlalu ramai yang menggapai-gapai,
dan aku menarik nafas, membenamkan seribu suara, menolak sejuta tangan, agar aku dapat lihat sesuatu di celahnya....iktizam itu kuat, semangat itu berkobar, keinginan itu keterlaluan,
aku beranikan diri, membuka kelopak mataku perlahan-lahan....dan disitulah aku lihat.. sesuatu yang hilang telah terbang menghampiriku, menerjah lembut mengusapi hatiku, tidak sakit tidak luka tidak berdarah....aku mampu untuk senyum, aku mampu untuk bangun, aku mampu untuk melangkah...dan kini aku mampu untuk lafazkan... terima kasih CINTA... kerana kau aku bahagia, kerana kau aku derita, kerana kau aku bersama...
Untuk suami yang tercinta, tiada apa yang mampu dihadiahkan selain rasa sayang yang abadi dan rasa kasih bersemi,,,
SELAMAT HARI BAPA.... moga menjadi papa yang baik, penyayang, melindungi dan dicintai...
Mama & Aqil Fathi Haikal sayang Papa banyak-banyak

Subscribe to:
Posts (Atom)